Search

Isu Pembelian Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) & Kesediaan Kerajaan bagi Mewujudkan Sebuah Jawatankuasa Khas Pemerolehan Aset Pertahanan

  • Share this:

Celahan di Parlimen berkait Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan.

1. Pembelian Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS)
Semenjak 2012 sehingga 2020 - kita sering bercakap tentang keperluan Jawatankuasa Khas bagi mengawal pembelian kapal tempur dan aset kerajaan lainnya.

Sampai Jawatankuasa Khas Siasatan selesai siasat, lebih RM6 billion dibelanjakan, mana kapalnya?

PAC bertanya terus kepada SPRM, katanya masih disiasat - bila akan dirubah pembelian yang benar-benar memberi manfaat kepada kesiapsiagaan negara?

2. Kesediaan Kerajaan bagi Mewujudkan Sebuah Jawatankuasa Khas Pemerolehan Aset Pertahanan

Perjanjian dan pengurusan termasuk audit kewangan yang lemah menyebabkan kepentingan kerajaan tidak terjaga. Menerusi Laporan Ketua Audit Negara pada 26 Ogos yang lalu mendapati Kementerian Pertahanan gagal mengenakan denda berjumlah RM116.54 juta kepada syarikat tersebut di atas kelewatan penghantaran enam LCS tersebut.

Pewujudan sebuah Jawatankuasa Khas ini dimana ianya bersifat rahsia namun membantu mengurangkan beban Kementerian Pertahanan sebelum perjanjian dimeterai.

Pautan :
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/01/19/jawatankuasa-khas-bagi-pantau-pembelian-aset-kementerian-dicadang-ditubuhkan


Tags:

About author
Follow @n_izzah http://twitter.com/n_izzah Visit our website http://www.nurulizzah.com/ Follow our official Telegram https://t.me/NurulIzzahAnwar
This is the official Facebook Page of Nurul Izzah Anwar
View all posts